Kami Pembekal Produk Hasil Laut

Kami membekalkan pelbagai jenis hasil laut segar dari sangkar akuakultur dan kapal nelayan kepada pelanggan, antaranya termasuk pasar borong, pengusaha kolam pancing, restoran makanan laut, hotel dan penjaja ikan.

  • Kerapu Hijau
  • Kerapu Harimau
  • Kerapu Hybrid
  • Kerapu Kertang
  • Ikan Merah
  • Jenahak
  • Siakap

Produk Kami Dijual Di Pasaran Tempatan Dan Luar Negara

Hasil akuakultur kami dijual di pasaran tempatan kepada pasar borong, restoran makanan laut, hotel, penjaja dan perniagaan dalam talian; dan juga dieksport ke luar negara seperti Singapura dan Hong Kong.

Kami memiliki lesen import dan eksport makanan laut. Kami juga mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam penghantaran makanan laut melalui jalan laut dan udara untuk mewujudkan rantaian bekalan import dan eksport yang sempurna.

Sebarang pertanyaan daripada peniaga luar negara amat dialu-alukan.

Mencapai Piawaian MyGAP


100% Mematuhi Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP),Standard Keselamatan Makanan Dan Perlindungan Ekosistem

Dee Sin telah memperolehi skim pensijilan "Amalan Pertanian Baik Malaysia" (MyGAP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Malaysia. MyGAP adalah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002, pensijilan ini menetapkan keperluan standard kualiti untuk proses pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian di Malaysia, di samping itu juga memastikan keselamatan dan kesihatan produk pertanian, serta menjaga kepentingan pekerja dan pemeliharaan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti, keselamatan dan daya saing eksport hasil pertanian Malaysia.

Kami 100% mematuhi prosedur operasi standard MyGAP demi mencapai kesan seperti berikut:


  • Pengurangan penggunaan racun pertanian
  • Pengurangan pencemaran alam sekitar
  • Memastikan keselamatan produk pertanian
  • Memastikan keselamatan dan kepentingan pekerja terjamin
  • Meningkatkan daya saing hasil pertanian di pasaran tempatan dan antarabangsa

Sumber Bekalan Hasil Laut Yang Mencukupi Dan Harga Yang Berpatutan

Sejak penubuhan pada tahun 1990, perniagaan Dee Sin berkembang secara pesat dan mantap, terutamanya dalam bidang akuakultur. Bisnes kami mencatatkan pengeluaran hasil sebanyak 450 tan setiap tahun. Kami boleh memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.

Berikut adalah kelebihan kami dalam pasaran hasil laut

  • Mampu membekalkan beraneka jenis hasil laut dengan bekalan yang konsisten dan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran dalam dan luar negara
  • Pelanggan boleh membeli hasil laut yang berkualiti pada harga yang berpatutan kerana kami adalah sumber bekalan
  • Kaedah akuakultur semula jadi diterapkan untuk memastikan keselamatan hasil akuakultur and kami 100% mematuhi prosedur operasi standard MyGAP
  • Kami memiliki lesen import dan eksport makanan laut, serta kemahiran dalam mengendalikan proses pengeksportan dan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk dieksport ke luar negara.