
Memiliki 3250 Petak Sangkar Akuakultur , dengan Keluasan Bersamaan Dengan 4 Buah Pesawat Boeing 747
Sangkar akuakultur kami di Pulau Ketam kini mempunyai 3250 petak sangkar dengan keluasan yang boleh memuatkan 4 buah pesawat Boeing 747.
Sangkar akuakultur kami dirancang dan diselenggarakan secara rapi dan profesional untuk memastikan standard kebersihan tercapai, dan disusuli dengan langkah-langkah perlindungan laut yang sewajarnya demi menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem semula jadi. Ini membolehkan kami terpilih sebagai pemenang tempat pertama “Anugerah Usahawan Akuakultur Jaya” oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2016.

Penerapan Kaedah Akuakultur Semula Jadi Dan Pengurusan Sangkar Yang Terancang Memastikan Pembesaran Ikan yang Sihat
Kaedah Akuakultur Semula Jadi
Kaedah akuakultur secara semula jadi telah diterapkan bagi memastikan pembesaran ikan yang sihat dan semula jadi, seterusnya ia memastikan pelanggan disajikan dengan makanan laut yang berkhasiat dan bebas daripada bahan kimia.
Benih ikan kami diberikan makanan rumusan (pelet ikan) yang mencapai pengiktirafan antarabangsa. Apabila benih ikan membesar, anak-anak ikan akan diberikan sebagai sumber makanan agar ikan ternakan kami membesar secara sihat dan semula jadi.

Hasil Akuakultur Kami Mempunyai Tekstur Daging Yang Lebih Pejal, Rasanya Lebih Segar Dan Enak
Berbanding dengan ikan ternakan di kolam lumpur, ikan laut ternakan di sangkar mempunyai tekstur daging yang lebih pejal kerana ia hidup di dalam arus lautan, sentiasa aktif berenang dan kerap berenang melawan arus deras.
Ikan ternakan sangkar laut kami disusuli dengan kaedah akuakultur semula jadi menjadikan tekstur dagingnya lebih pejal dan rasanya lebih segar dan enak.