Terpilih Sebagai Pemenang Tempat Pertama “Anugerah Usahawan Akuakultur Jaya" Oleh Kerajaan Negeri Selangor
“Dee Sin” merupakan pengusaha akuakultur terkemuka di Pulau Ketam, ia memiliki 3250 petak sangkar ternakan ikan laut. Pada tahun 2016, ia terpilih sebagai pemenang tempat pertama “Anugerah Usahawan Akuakultur Jaya" oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Berkat usaha gigih ahli keluarga selama bertahun-tahun, perniagaan Dee Sin berkembang maju dan menjadi kumpulan syarikat yang memiliki beberapa anak syarikat yang mengkhusus dalam pelbagai bidang perniagaan. Dee Sin juga terkenal sebagai syarikat keluarga yang berkedudukan kukuh dalam bidang akuakultur di Malaysia.


Pengenalan Syarikat
Berkembang Daripada Penjaja Ikan Kepada Usahawan Akuakultur
Dee Sin diasaskan oleh Encik. Koh Tian Su pada tahun 1990. Dengan usaha kolektif keluarga, Dee Sin berjaya berkembang daripada bisnes penjaja ikan kepada sebuah kumpulan syarikat yang mencatatkan perkembangan yang mantap dan memiliki beberapa anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan. Antaranya termasuk:
- Dee Sin Mariculture Industrial
- Dee Sin Marine Products Enterprise
- Dee Sin Aquaculture Sdn. Bhd.
- Alibaba Pulau Ketam Cruise Services Sdn. Bhd.
Objektif Syarikat
Membekalkan hasil laut yang segar, berkhasiat and berkualiti kepada pengguna. Kesegaran dan kualiti produk selalu didahulukan.
Visi Syarikat
Bertapak kukuh di pasaran tempatan dan melebarkan sayap perniagaan ke persada dunia.
Kami sentiasa mengingati objektif syarikat, terutamanya dalam penerapan kaedah akuakultur yang 100% semula jadi untuk memastikan hasil akuakultur segar, berkhasiat dan selamat untuk dimakan.
Strategi Kepelbagaian Diterapkan Untuk Menggalakkan Kemajuan Bersama
Anak syarikat mengkhusus dalam bidang perniagaan masing-masing, pengurusannya bebas tetapi saling melengkapi bagai aur dengan tebing bagi menggerakkan perniagaan berkembang bersama.
Antara perniagaan kami termasuk

Akuakultur
Sangkar akuakultur kami mempunyai 3250 petak sangkar untuk penternakan pelbagai jenis ikan laut yang laris di pasaran tempatan dan luar negera

Penangkapan ikan laut
kami mempunyai kapal-kapal pukat nelayan sendiri yang menangkap ikan dari laut dalam

Pemborong hasil laut
Membekalkan hasil tangkapan segar (terutamanya ikan) kepada pasar borong utama di seluruh negara

Jenis produk
Ikan hidup, ikan segar sejuk dingin dan ikan sejuk beku

Melabur dalam projek kapal nelayan
Melabur dan mengadakan usaha sama dengan nelayan demi mewujudkan peluang pekerjaan di antara penduduk Pulau Ketam

Pembekal ais batu
Sebagai pembekal ais batu terbesar di Pulau Ketam, kami membekalkan ais batu kepada pengusaha-pengusaha di seluruh Pulau Ketam

Perkhidmatan feri di antara Pelabuhan Klang dan Pulau Ketam
Alibaba Pulau Ketam Cruises Services Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan pengangkutan feri kepada penduduk tempatan dan pelancong Pulau Ketam
https://www.alibabacruises.my